Sunday, 21 September 2014

SIAPA KATA DIET TIDAK BOLEH MAKAN MAKANAN RINGAN?

Anda sedang berdiet dalam usaha untuk menurunkan berat badan ?

Tapi dalam masa yang sama, anda suka makan makanan fast food (makanan ringan) yang sukar untuk di tolak?

Persoalannya, bolehkah makanan ringan terlibat dalam urusan penurunan berat badan atau ianya termasuk dalam kategori makanan sihat?

Petua Untuk Makan Makanan Ringan Ketika Sedang Berdiet

Senyum

  • Makan dalam jumlah yang sedikit
Jika hendak makan sandwich,pilih ukuran yang terkecil. Elakkan makan "burger" ukuran dewasa kerana ia mengandungi lebih dari 1000 kalori dan 70 gram lemak. Pilih ukuran terkecil atau kongsi bersama teman.

  • Pilih hidangan yang lebih sihat
Adakah anda boleh menahan diri daripada godaan memakan kentang goreng? Sebagai gantinya pilih saja salad sayur-sayuran yang segar. Jika  ada hirisan buah-buahan segar atau sup, pesan sahaja. ini sudah cukup mengenyangkan. Untuk mengalas perut,makan sedikit nasi atau sup jagung.

  • Makanlah yang hijau

Pilihlah salad  dalam jumlah besar dengan ayam panggang, udang atau sayur-sayuran lain yang bebas lemak. Waspada terhadap salad berkalori tinggi yang dilengkapi dengan ayam berlemak. Hindari keju, daging lemak juga kentang goreng yang secara cepat menaikkan hitungan kalori anda.

  • Pilih makanan panggang
Ayam yang digoreng atau ikan goreng mentega mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Kalau ingin ynag lebih selamat, pilih menu yang dipanggang tanpa melibatkan unsur minyak.

  • Tentukan sendiri
Jangan menerima secara mentah-mentah apa yang disajikan di restoran.Tetapkan pendirian anda untuk memilih menu yang lebih sihat. Misalnya, minta pramusaji mengurangkan mayones atau mustard pada sandwich. Cuba hindari dressing khusus seperti sos tartar, krim masam dan hidangan tinggi kalori.

  • Lihat apa yang anda minum
Sejumlah minuman mengandungi kalori jumlah yang besar. Misalnya satu cawan ukuran besar mengandungi 400 kalori. Pesan sahaja air putih dan soda diet. Jangan teruja memesan ais krim yang mengandungi lebih 1000 kalori.

Set Kurus Shaklee


Di samping menjaga makanan, jangan dilupa Set Kurus Shaklee Anda.

Tidak di lupa juga untuk  Set Kurus Ekonomi

Set Kurus Shaklee


Lebih jimat jika anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi ahli Shaklee

Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?



 Pesan Sekarang


atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb@ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Saturday, 20 September 2014

Tips Mudah Untuk Bangun Tahajud


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

1. Wahai orang yang berselimut,

2. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat untuk berehat),

3. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurang dari itu

4. Atau lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Qur'an dengan "Tartil"

5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana ) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepada mu wahyu ( Al-Qur'an yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)

6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

(Surah Al-Muzzamil Ayat 1- 6)


Tips Mudah Untuk Bangun Tahajud



Tips Mudah Untuk Bangun Tahajud



Ani tahu ramai yang berniat untuk bangun tahajud di malam hari

Masa untuk "bercinta" bersama dengan Nya yang menciptakan

Meluahkan segala yang terbuku, Istimewanya hanya kita dan Pencipta

Tapi kadang-kadang terbabas,

Nikmat Tahajud bagi mereka yang melaksanakannya. 

Entri ni sekadar Ani berkongsi pengalaman dan sungguh, saya bukan sesiapa. Sekadar sedikit info untuk perkongsian bersama.Ani mulakan tips dengan mutiara kata Tuan Guru Nik Aziz


Petua Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Untuk Bangun Tahajud


Tok Guru berkata " Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan ketiga  pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita"

Deep! Very meaningful.


Tips Bangun Tahajud


  • Mulakan niat untuk bangun tahajud

Ikut pengalaman sendiri, pasang niat sebelum tidur. Niat sangat penting.  Pesan dalam hati sebelum tidur..Ya Allah, aku nak bangun solat tahajud malam ni, Permudahkan Ya Allah). In sha Allah mudah, Macam ada alarm yang lembut bangunkan sendiri dan kita tahu bangun tu untuk tahajud.

  • Doa banyak-banyak pada Nya untuk bangun tahajud

Ani jujur banyak kali terjadi. Ada masanya kita penat, dah niat nak bangun tahajud , tapi penat sangat. Dah terjaga .. ngantuk sangat. Apa Ani buat, contoh pukul 3 pagi terjaga, Ani kata dalam hati Ya Allah aku nak sembahmu, tapi aku penat dan mengantuk sangat, bagi aku peluang untuk bangun lagi untuk menyembah Mu.. Alhamdulillah, dapat dengan izin Nya, Akan terjaga lagi in sha Allah dipermudahkan.

  • Tidur awal

Tips ni Ani rasa ikut orang. Awal tu bagaimana. Ani tidur paling lambat pukul 1. Paling cepat tak tentu sebab ikut keadaan hari tu.  Ikut  mata masing-masing awalnya bagaimana tapi pastikan jangan tidur lambat sebelum waktu yang kita dah biasa. Permulaan mendidik hati lebih baik tidur waktu awal mengikut anda supaya mudah untuk bangun solat di malam hari. Penting niat!

  • Qailullah

Bagi yang berkelapangan, seingat Ani ustaz ada kata, katanya tidurlah sebentar sebelum Zohor. Ia memberikan kerehatan kepada badan.Bila badan cukup rehat, mudah untuk berjaga. Jangan pandang rendah pada Qailullah.

  • Pasang Jam

Ini sebagai ikhtiar untuk kita bangun tahajud. Tapi sebelum tidur penting pasang niat. Jadi bila berbunyi , kita taw untuk bangun solat tahajud.

  • Sebelum tidur, tepuk bantal kasi warning

Sebenarnya, ni tips masa mula-mula Ani nak tahajud. Bantal tu takde pape sebenarnya. Tapi untuk pyschology Ani rasa. Ani tepuk bantal 3 x pastu Ani kata , bantal ko jangan nak bagi aku tidur nyenyak sangat, Aku nak bangun tahajud!. nampak macam kelakar tapi bila kita tekad, kita cakap sebenarnya kita set dalam minda dan bantal tu sebenarnya takde pape, lebih kepada  geram sebab dulu payah nak bangun. tapi it works! 

Petua ni petua paling awal ani bangun tahajud. Kisahnya, mama pujuk tahajud tapi tak taw apa kelebihannya, main buat dan betul masa tu (sebab kena paksa) tapi bila buat tahajud rasa nikmat nya. 


Ya, Ikhlas itu memang perlu di paksa sendiri. Kemudian, Ikhlas itu akan datang dengan sendiri. Percayalah! :)

Semoga sedikit perkongsian memberi manfaat kepada semua.



Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

Lebih jimat jika anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee



sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Friday, 19 September 2014

Kesan Vivix Yang Anda Tak Sanggup Nak Dengar!

Tajuk hari ni buat telinga Ani rasa "apa dia? apa dia? " 

Lebih pada Ani sebenarnya

Sebab jelez tapi dalam masa sama  rasa seronok. !!


Kesan Vivix Yang Anda Tak Sanggup Nak Dengar

Kesan Vivix Yang Anda Tak Sanggup Nak Dengar
motif gambar : Merajuk ;P


Baik, Ani bagi mama Vivix Shaklee, dan inilah hasilnya

  • Uban tak tumbuh lagi
Bila mama persoalkan, "eh kenapa rambut mama takde uban lagi ye?" Sambil belek-belek rambut. Dulu, mama inaikan rambut, sekarang tak keluar dah ubannya. 

Terus ku berseloroh, Mama dah perasan muda! hehe, keluar lah ayat ni (rujuk point ke 2)

Ye betul, Vivix anti-penuaan. Melambatkan makanisme utama proses penuaan.

  • "Makin tua makin muda! Makin tua makin cantik!"

Amboi! Statement hehe, Bila nampak pada kesan wajahnya, Bila mama rasa begitu, Alhamdulillah.

Vivix memberikan rasa 25 Tahun Lebih Muda, Untuk hidup lebih 25 Tahun. Highly Recommend


  • Bila penat, ambil Vivix, terus rasa tak penat!
Rasa tak penat tu takpe, tapi aktifnya melebih dari Ani macam mana? Ani pernah tak ambil Vivix, dan Mama ambil Vivix, Ani compared kan, ye, mama lagi bersemangat! :)


  • Kesihatannya makin baik

Alhamdulillah, atas keizinan Allah. Bila kesihatannya semakin baik, sifat mengusik nya pun menjadi-jadi. Mama Ani sebenarnya jenis happy go lucky, dia jumpa siapa-siapa dia boleh tegur dan duduk sekali , Bila kesihatan nya baik, mulalah aura positifnya memancar-mancar, Shining gitu!


  • Bila semua ikut mama. 

Asalnya, mama seorang sahaja yang ambil Vivix, tapi sekarang ni, Abah dan Ani ikut sekali. Lepas tengok kesan pada mama. Abah Ani ada masalah darah kadang-kadang tak jalan pada kaki. Bukan sakit sendi, tapi darah tak jalan. Ani perasan yang bila Ani bagi vivix kat abah masa dia tengah rasa sakit, elok pula dia lepas tu. Selalu macam tu, Sekarang, tiap pagi Ani letak jadual yang Ani kena ada masa bagi abah vivix :)

Ani amik haruslah sebab nak cantik dan jaga kesihatan! Ani dah set dalam minda, biar Ani jaga kesihatan sekarang supaya di hari kemudian Ani masih lagi aktif, boleh bergerak sana sini tanpa susahkan orang. In sha Allah, dengan keizinan Allah :)

Istimewanya Vivix!!


Kesan Vivix Yang Anda Tak Sanggup Nak Dengar!


  • Muscadine Grape
Ia mengandungi asid elergik dalam kepekatan yang tinggi. Muscadine Grape yang terkandung dalam Vivix mempunyai ciri untuk menghentikan kimia penyebab kanser, antivirus, dan antibakteria.

  • Purple Carrot
Sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia seperti carotenoids dan phenolics. Ia mempunyai kandungan asid klorogenik yang tinggi, yang dapat membantu mengurangkan diabetis.Purple Carrot dalam Vivix memberi kesan kepada saluran darah, platlet, dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit  koronari jantung.

  • Elderberry
Elderberry bukan sahaja hanya kaya dengan amti-oksidan, malah ianya kaya dengan Vitamin A, B. C dan nutrient seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Elderberry dalam Vivix dapat membantu menguatkan sistem imunisasi badan dan mampu memberikan perlindungan terhadapa penyakit kardiovaskular dan jantung.

  • Polyganum Cuspidatum
Ia merupakan sumber komersial Resveratrol iaitu ianya dapat melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol dan tekanan darah serta mengurangkan berat badan.



Kelebihan Vivix Shaklee


Kesan Vivix Yang Anda Tak Sanggup Nak Dengar!


Hanya 1 sudu teh sehari  Vivix sebagai penjagaan kesihatan keseluruhan

Lebih jimat jika anda menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee

Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Pesan Sekarang


atau


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Thursday, 18 September 2014

Cerita Kami : 3 Hari 2 Malam Di Langkawi :)


Sebenarnya, entri ini lebih kepada cerita Ani dan family ke Langkawi

Alhamdulillah, Allah bagi Ani kesempatan untuk menunaikan hajat salah seorang keluarga Ani yang ingin pergi ke Langkawi.

3 Hari 2 Malam Di Langkawi 


Hari Pertama

Kami sampai ke Jeti Kuala Perlis pada pukul 5.45 pagi. Dan terus kami  bergilir-gilir,  ada yang  beratur beli ticket feri dan ada yang bergilir-gilir untuk solat. Masjid hampir sangat dengan feri. Cuma berjalan sedikit dan kami dapat ticket feri pukul 7 pagi . 

Sampai je di Langkawi, kami terus ke homestay dan bermulalah perjalanan kami.

  • Langkawi Cable Car
Ni tempat yang wajib pergi kan? Dalam keluarga Ani,ada yang takut naik cable car. Kami paksa naik cable car hehe, Rugikan ke sana tak naik.! :P Cable Car ada 2 stage, dekat sana boleh nampak view Langkawi. Subhanallah, cantik sangat! Makin tinggi makin cantik. Makin tinggi makin kuat angin. Sememangnya mendamaikan. Selain view yang cantik, ada jugak kedai buah tangan, ice cream yang 1 scope sebenarnya banyak gila, tak dapat bayang macam mana dowg nak habiskan yang beli 2@ 3 scope. Serious, 1 scope dia besar dan sedap. Sambil tengok view , sambil makan ice cream :)


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

pemandangan di atas



3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Mickey Mouse pun ada di Langkawi taw! Peace Yo!!

  • Oriental Village
Kalau ada yang tanya kat mana yang winter sonata, winter sonata tu kat sini lah. Tapi jika tanya Ani, Ani boleh.. biasa tempat jalan-jalan .  :)  Kat sana boleh bagi makan ikan, ada flying fox, pokok gantung-gantung ala korea, jambatan ala-ala cina begitu. Tak lupa juga, kedai cenderahati. 


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

ada rasa kat Negara lain tak? :)

  • Telaga Harbour Park

Tempat ni memang Ani nak pergi. Selalu nampak kat TV orang berlakon. Cantiknya tempat ni. Ini la dia tempatnya, bukan Pearl Habour tapi Telaga Harbour Park hehe


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Ada fefeeling nak jalan kat situ macam retis berlakon? tak bolehla, dia tutup, mungkin kena ada surat kebenaran, ani tak taw.. tapi  yang pasti kita boleh tengok dari tepi. :) Masa Ani pergi tu ada yang tengah shooting . Tapi memang cantik!

  • Tanjung Rhu
Satu tempat yang Ani suka. Ya Allah , cantiklah sangat! Masa kami pergi dalam pukul 5 memang tak boleh mandi ombak kuat. Siapa nak tengok pantai yang cantik  compared yang lain (pendapat Ani sendiri) Tanjung Rhu lah jawapannya. Dah main dekat pantai mesti penat kan? Jangan risau kat sana sudah tersedia kedai makan.

3 HAri 2 Malam di Langkawi

kena rasa sendiri, tengok sendiri, betapa cantiknya Tanjung Rhu. Ni gambar dekat  Tanjung Rhu. Kalau dekat depan sebenarnya pasir dia tinggi sikit. Serious, rasa nak golek -golek kat pasir tu tapi tak boleh sebab kat sana pasirnya bercampur dengan kerang-kerangan. 

Hari Kedua


  • Pantai Cenang & Pulau Beras Basah
Kami sebenarnya pergi pulau mengikut package dengan  menaiki bot. Package ni kami ambil dengan sorang pak cik travel yang kami jumpa masa kami di  Jeti Kuala Perlis haritu. Terus, amik package dia :) . Dan sele[as ke Pantai Cenang, kami semua berkumpul di Pulau Beras Basah dan terus menaiki bot.


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Pulau Beras Basah : gambar Mr Google sebab tak sempat nak amik pic huhu , tapi begitu keadaannya :)



3 Hari 2 Malam Di langkawi
best woo, kami kuarkan tangan baling air sesama sendiri. Ok! Abah kata macam jakon :P

  • Pulau Dayang Bunting
Kami menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting. Katanya, siapa yang nak zuriat, minum air nya, dan mandi di situ. Tapi bagi Ani, semuanya bergantung dengan keizinan Allah.Allah Maha Memberi. Kami di sana 1 jam sebelum singgah ke tempat lain. Cantik tempatnya! Rendam-rendam kaki sambil tengok orang mandi, rehat dan dan dan  ada monyet!! haha, banyak! Yang comelnya makanan anak omputih dia amik. Isyh, nangis budak tu.. hehehe. tapi dont worry monyet nya mesra alam :)


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

yang ni baru di bawah, kat atas lagi cantik ! 

  • Helang makan 

3 Hari 2 Malam Di Langkawi


  • Beras Terbakar
Beras Terbakar ni kecik je tempatnya. Depannya ada jual-jual barang.  bagi Ani jalan-jalan ,ok. Ada di tunjukkan beras terbakar nya yang masih tinggal , dalam mangkuk. Baik untuk pengetahuan sejarah :) 

3 Hari 2 Malam Di Langkawi


  • Makam Mahsuri
Ni kes wajib pergi! heheh. OK! Mahsuri cantik sangat! Tak dapat Ani nafikan! Ada makam mahsuri, rumahnya, perigi nya. Cantiklah kawasan tu. Ani suggest pergi. Bila masuk rumah dia, kawasan persekitaran ala-ala kena dengan citarasa Ani  :)


3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Rumah Mahsuri

3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Amik ko, kecik-kecik tak puas main congkak. Sekali, congkak besar! :D

  • Dataran Helang

3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Menariknya ada ular. Persoalannya nak tengok  Helang atau ular? :P

Hari Ketiga

Hari ketiga kami menghabiskan sisa-sisa masa dengan berjalan-jalan sambil membeli barang sendiri dan teman untuk di bawa pulang dan terus ke airport :)

Tips Travel

  • Sebagai seorang muslim , perkara ni sangat penting. Bawa Al-Qur'an walaupun kecil, If rasa takut terlangkah, install kan dalam hp. Jangan tinggal Al-Qur'an walaupun sehari.
  • Muslimah, ready bawa mini telekung. Sangat senang bila bawa. Tak payah nak tunggu turn, mudah dan senang walaupun kita solat jamak sebab tak taw masa di sana dan bagaimana keadaannya.
  • Pastikan ada simpanan duit. Bila kat sana rambang mata u olls.
  • Peta. Dalam negeri juga perlu ada. Senang untuk di rujuk mana nak pergi lepas ni, lepas tu tak rasa sesat di negara sendiri :P
  • Penting jaga kesihatan! Bawa vitamin anda.
Ani bawa Vitamin C Shaklee untuk sistem imun, kulit ( Vitamin C ada kolagen u olls hehe) juga hindar dari selsema. B-Complex beri tenaga, juga Vitamin E protect kulit dari sinaran ultralembayung.

Penjimatan sehingga 20 % bagi anda yang ingin menjadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?

 beli sekarang


atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"


Wednesday, 17 September 2014

Sakit Gout! Punca, Rawatan & Pencegahan

Tahukah anda, sakit gout juga berlaku daripada punca pemakanan. 

Kebiasannya, gout terjadi bagi kaum lelaki dalam lingkungan usia 30-60 tahun.

Sakit Gout : Punca


Sakit Gout : Punca, Rawatan & Pencegahan


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam darah. Mendapan kristal urik asid di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi yang berlaku menimbulkan keradangan dan menyebabkan sakit sendi.


Menurut Dr Anwar Arshad, urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi yang menyebabkan keradangan sendi. Jika mendapan berpanjangan, ia membentuk "thopi" dan batu karang di buah pinggang.


Jika penyakit gout  berlanjutan, serangan sakit sendi boleh berlaku berulang kali yang boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan  membentuk "thopi" di jari, siku, tangan, termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pingang boleh membentuk buah karang dan meningkatkan risiko jangkitan kuman dan kegagalan buah pinggang.


Tanda Seseorang Menghadapi Sakit Gout

Tanda-tanda seseorang menghadapi sakit gout adalah :

  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutamanya pada ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit
  • Serangan berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehingga jika terkena geseran selimut begitu menyeksakan.
  • Sakit berlarutan,atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit boleh menyerang kembali selepas berminggu atau bulan

Komplikasi


Penyakit Gout sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti :

  • Kegemukan
  • Darah Tinggi
  • Hiperelipidemia
  • Diabetis

Rawatan Untuk Penyakit Gout


Mengikut Dr Anwar, tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan kekerapan serangan berlaku dan mengelakkan komplikasi penyakit gout.

Rawatan Untuk Pesakit Gout Adalah :

  1. Ubat "Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs"bagi mengurangkan rasa sakit dan bengkak
  2. Ubat " Colchicine" untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu dari kesan sampingannya adalah cirit birit
  3. Ubat "Allopurinol" dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat dengan serta merta
Pengambilan ubat MESTI DI AMBIL DI BAWAH PENGAWASAN DOKTOR. 


Makanan Yang Perlu Di Elakkan Bagi Mereka Yang Menghidap Penyakit Gout


Elakkan mengambil makanan yang kaya purin iaitu :

  • Organ dalaman seperti hati, peparu, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, Ikan kembung, Ikan sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Makanan yang perlu dikurangkan adalah :

  • Asparagus, kobis, cendawan dan bayam
  • Kekacang
  • Roti jagung dan bijirin

Pencegahan Untuk Gout




  • Performance Drink membantu memastikan tubuh secara sihat dengan kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dihydrate. Ia terbukti secara klinikal memelihara paras gula dalam darah.
  • Omega Guard sangat penting bagi membantu mengelakkan inflamation pada sendi. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum sendi menjadi bengkak. Omega Guard daripada minyak ikan yang mengandungi DHA & EPA yang baik untuk kesihatan.
  • Alfalfa pula bagi menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang banyak. Alfalfa kaya dengan nutrisi mineral surih dan terkandung Vitamin A, C. E, Fosforus dan Zat Besi. 

Lebih jimat jika anda menjadi Ahli


Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


Sakit Gout, Punca, Rawatan & Pencegahan



 atau


sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements


Disclamier : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh sebarang penyakit.


"keriangan berShaklee dikongsi bersama"

Monday, 15 September 2014

Tips Penjagaan Bagi Anak Yang Menghidapi Asthma

Anak anda menghadapi masalah Asthma atau lelah?

Jika Ya, disini di sertakan sedikit tips bagi meningkatkan kesihatan anak anda.

Asthma

Tips Penjagaan Bagi Anak Yang Menghidapi Asthma


  • Rujuk Doktor

Kanak-kanak yang disahkan menghidapi asma perlu mendapat pemantauan yang berterusan dari Doktor. Bukan hanya ketika kanak-kanak semput, tapi sebaiknya bawa kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Ini kerana serangan asma yang serius boleh membahayakan nyawa.

  • Penjagaan Bagi Keadaan Sekeliling

Ambil langkah pencegahan bagi kawasan persekitaran. Sesetengah penghidap asma mudah sensitif dengan keadaan sekeliling. Jauhkan dari bulu kucing, asap rokok, habuk dan sebagainya

  • Diari Asthma

Mengikut Dr Alya, lakukan pelan tindakan. Pelan tindakan ialah panduan bagi ibu bapa apa yang patut dilakukan jika kanak-kanak tidak sihat.Tujuannya,adalah untuk mengelakkan kelewatan memberi rawatan apabila anak mendapat serangan asma. Rawatan bermula sebelum anak sampai ke klinik sehinggalah sampai ke klinik.

  •  Makanan Tambahan Bagi Kanak-Kanak Yang Menghidapi Asthma

Tips Penjagaan Bagi Anak Yang Menghidapi Asthma

"Omega 3 fatty acid are known to reduce inflammation, because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper responsiveness and airways narrowing, and because Eskimos who eat large amount of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers" (LiveStrong)

Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak termasuk DHA & EPA

Pengambilan Omega 3 mampu meningkatkan sistem imun anak dan membantu menyihatkan peparu. Ia juga baik untuk minda kanak-kanak


Tips Penjagaan Bagi Anak Yang Menghidapi Asthma


Meal Shake juga baik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi multivitamin,mineral serat juga protein. Kekurangan nutrisi dalam badan yang secukupnya membuatkan kanak-kanak mudah di jangkiti penyakit.


Tips Penjagaan Bagi Anak Yang Menghidapi Asma


Nutrient yang terkandung di dalam Meal Shakes


Berikan Si Manja Anda nutrisi yang secukupnya
Lebih jimat jika anda menjadi Ahli Shaklee


Jadi Ahli Shaklee


Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


 Pesan Sekarang

atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

"keriangan berShaklee di kongsi bersama"

Sunday, 14 September 2014

Set Kesihatan Sendi, Memelihara Sendi Yang Kuat, Fleksible & Bebas Bergerak

Sukar untuk solat?

Payah untuk menaiki tangga?

Sering mengeluh sakit sendi?


Set Kesihatan Sendi, Memelihara Sendi Yang Kuat, Fleksible & Bebas Bergerak


Apa itu Sendi?

Sendi membentuk hubungan antara tulang yang memberi sokongan dan membantu dalam pergerakan. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia iaitu bendalir yang melicinkan sendi-sendi yang tugasnya memberikan keselesaan antara tulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.


Sakit Sendi Dan Ketidakselesaan


Semakin umur kita meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan bebas.



Set Kesihatan Sendi



Set Kesihatan Sendi


Apakah Tanda -Tanda Sendi Yang Tidak Sihat?

  • Ketegangan berlaku
  • Lenguh
  • Bengkak
  • Kesakitan
  • Bunyi berkeriut

Set Kesihatan Sendi Shaklee


Set Sendi Shaklee


  • Advanced Joint Health Tablet

Advanced Joint Health Tablet membantu dalam menyokong keselesaan sendi, meningkatkan kesan kusyen juga memelihara tisu penyambung yang sihat

  • Omega Guard

Omega Guard membantu mengurangkan inflamasi.

Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega 3 bertindak sebagai melambatkan degradasi tulang rawan, mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi dan bertindak sebagai pelincir iaitu membantu bergerak dengan lebih bebas apabila sendi berkeriut dan sakit 

  • OsteMatrix

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot, dan ligamen sementara magnesium diperlukan bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi.

OsteMatrix mengandungi : 

    1. Kalsium : Sumber semulajadi berkonsentrasi dan mudah di serap
    2. Magnesium : Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
    3. Vitamin D : Merangsangkan penyerapan kalsium
    4. Boron : Membantu dalam metabolisme tulang
    5. Mangan, Tembaga & Zinc : Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Berikan Set Kesihatan Sendi kepada mereka yang kita sayang.

Lebih jimat jika menjadi Ahli Shaklee

Jadi Ahli Shaklee

Berminat dengan rangkaian produk Shaklee?


 Pesan Sekarang


atau

sms/whatsapp : 014-7222642
Shaklee ID : 1073895
pm di fb : Ani Haryani @ Luvsupplements
fb @ Instagram : Luvsupplements

Penghantaran di seluruh Malaysia

"keriangan berShaklee di kongsi bersama" 

Testimoni Collagen Shaklee : Rahsia Kulit Cantik, Cerah dan Awet Muda

Kulit yang sihat, berseri, dan awet muda adalah impian setiap wanita.  Namun, masalah kulit seperti kusam, jeragat, garis halus, dan kekerin...